Kahwin.
Apa yang nak di-share-kan adalah artikel yang cam best about satu perkahwinan muda mudi zaman sekarang:(main copy paste je nie...)haaachummmmmm*
ada story pasal sorang girl nie yang fikir diluar konteks minda masyarakat
Melayu zaman sekarang. CONGRATE for that superb girl and her beloved husband!!!
semua nie cita pasal one girl last sem kat
universiti yang dah nak dekat-dekat sanggup untuk membunuh diri sebab tertekan bila kena tinggal dengan sayangs dia..huhu~ :'(
from this,beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang
paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.
Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH
kita bersama-sama untuk encourage-kan diri ini kahwim awal(apapontakboleh)
start reading my gorgeous peeps...
(AMARAN:ENTRI NIE SUMPAH PANJANG)
**********************************************
"Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya
berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar.
Jadi, mengapa berkahwin?
Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa??”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk
dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’,
untuk bersedia untuk berkahwin.
Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.
Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun
menunggu peluang.
Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan
berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.
Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.
Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin
kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat
ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk
mengakhiri pengajian.
Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah
dua kali.
Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada
hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal
isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi
(lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K and above for sure). so now isn't need or not friends?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan
hantaran RM10-20K.
Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini
masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh
berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?
Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli,
tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.
Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.
Tapi cuba fikir, perlu tidak?
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting.
Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Tapi kalau berkemampuan tu okay ja...sila ukur baju di badan sendiri!(selebriti tak apa la ada duit kawan)
saya jelous jugak sebenarnya <3
sweetnya,dah halal....
Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.
Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi?
Harga lampin pakai buang?
Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.
Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan
tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu,
disentuh lelaki bukan mahram.
Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.
Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan
kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.
Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih
belajar mengenal sesama sendiri.
Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.
Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.
Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.
Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda
faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak
ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.
Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan
kelemahan pasangan anda.
Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.
Berkahwinlah!
Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia."
“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa
Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu
sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di
antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah
Ar-Rum, 21)
***************************************************************************
Betul tak apa yang dia kata tu?
Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu
sehingga akhir hayat.
Cuba fikir mana lagi penting?